Seorang ustaz wahabi telah bertanya kepada saya,bolih kah dimakan sembelihan orang Kristian.
Jawab saya tidak
bolih.
Kata ustaz,sebenarnya
sembelihan orang keristian itu halal dimakan,kerana mereka ahli
kitab.
Seorang lagi ustaz
wahabi ketika memberi syarah nya,berkata sembelihan orang Kristian itu lebih
bersih daripada sembelihan orang Islam sendiri.
Maka ustaz wahabi itu
membaca satu hadis yang menyatakan nabi ada memakan sembelihan orang Kristian
yang disedekahkan kepada baginda.
Pada hari ini dihalalkan bagi kamu
yang baik-baik. Dan makanan (sembelihan) orang-orang yang
diberikan Kitab itu adalah halal bagi kamu, dan makanan (sembelihan)
kamu adalah halal bagi mereka.
(al- Maaidah:5)
Saya
bertanya,bolihkah kita memakan sembelihan orang kafir.
Maka mereka menjawab
sembelihan orang kafir haram dimakan.
Saya
pun membaca ayat yang berbunyi:-
(al Maaidah:17)
Ayat diatas dengan terang menyatakan
kafirlah mereka yang menyatakan Isa anak Mariam itu Allah atau anak Allah dan
Mariam itu isterinya Allah atau ruhhul qudus.
Ustaz itu menyatakan mereka tidak termasuk dalam kumpulan kafir yang diharamkan memakan sembelihannya,kerana mereka ahli kitab.
Ingin saya tanyakan,
tidakkah sama kafir agama lain dengan kafir Ahli kitab?Apakah kafir ahli kitab
lebih mulia dari kafir majusi atau hindu atau taonism dan sebagainya
Ingin saya
Tanyakan,tidakkah sama kafir musyrik Makkah dengan syiriknya ahli kitab.
Kenapa adanya perbezaan kepada kafir yang bagitu besar syiriknya.
Mungkinkah kafir ahli
kitab dimasukkan kedalam neraka yang lebih aman dari neraka kafir kafir lain?
Ataukah kafir ahli
kitab dimasukkan kesyurga terkebawah sekali dari orang mukmin.Sedangkan mukmin
sendiri belum tentu kedudukan mereka disyurga atau neraka.
Berbalik kita kepada ayat 5 dari surah al Maidah diatas.Cuba kita tanyakan siapakah ahli kitab itu?Apakah kitab kitb yang mereka terima atau pegang.
Bagi merungkaikan
permasalahan ini cuba kita pecahkan persoalan ini kepada:-
i) Bilakah munculnya kata nama “ahli kitab.”
ii) Siapa itu yang
dikatakan ahli kitab.
iii) Keadaan ahli kitab
sebelum dan semasa nabi Muhammad.
iv) Siapakah Ahli Kitab
yang ingkar/yang kufur
v) Penganut Kristian itu bukan ahli kitab.
vi) Adakah bible itu Injil
vii) Kesimpulan.
(i) Bilakah
munculnya kata nama “ahli kitab.”
“Kata nama” ahli kitab ini hanya
terbit setelah Al Quran diturunkan.Perkatan ini tercatit sebanyak 37 kali dalam
al Quran.
(i) – 1) Kenapakah
perkataan ini diperturunkan.Inilah persoalannya.
Rasulallah Muhammad saw diutuskan
kebumi ini bagi menjalankan beberapa tugas.
Diutuskan baginda Rasul olih Allah
pada waktu yang tepat.
Diwaktu baginda Rasul diutuskan,
manusia ditanah Arab khasnya dan manusia ditempat lain umumnya,bolihlah
dibahagikan kepada:
a) Manusia yang tidak percayakan tuhan
b) Manusia yang percayakan adanya tuhan,tetapi mereka ini
sesat,musyrik dan salah memilih tuhan mereka.
c) Manusia yang mendapat petunjuk Allah,dan kekal dengan
petunjuk itu.
d) Manusia yang mendapat petunjuk Allah,tetapi kemudian
akhirnya tersesat/menyimpang dari petunjuk tersebut.
( i) – 2) Maka diutuskan
Muhammad saw bagi:
a) Menyeru manusia supaya beriman kepada Allah.
b) Memperbetulkan manusia yang tersalah memilih tuhan
mereka.
c) Memantapkan atau menguatkan keimanan mereka yang telah
beriman
d) Mengembalikan manusia yang tersesat/menyimpang setelah
mereka beriman/setelah mendapat petunjuk kepada iman yang sebenar.
(i) – 3) Ketika itu
Semenanjung Arab di huni olih dua puak terbesar “ras semetis” dari
cabang Ibrahim iaitu Ismail dan Ishak.Dari Ismail inilah lahirnya keturunan
Arab,dan daripada Ishak turun kepada Yaakob yang kemudiannya melahir keturunan
“Bani Israil.”
(i) – 4 ) Melalui keturunan Bani
Israil inilah lahirnya banyak sekali para nabi dan rasul Allah.Diantara mereka
ada yang diberikan kitab Allah.
Kitab kitab tersebut ialah:-
- Kitab Zabur diturunkan kepada Nabi Daud
- Kitab Turat diturunkan kepada Nabi Musa dan
- Kitab Injil diturunkan kepada Nabi Isa.
(i)- 5) Bagi pengikut Nabi Musa yang
memegang kitab Taurat mereka digelar Yahudi (dengan mengambil sempena nama
salah serang anak Nabi Yaakob iaitu Yahuza).
Bagi pengikut Nabi Isa yang memegang
kitab Injil mereka digelar Nasrani (dengan mengambil sempena nama tempat
kelahiran dan kampong asal Isa,iaitu Nazaret yang berdekatan dengan Galilea
Plastin.
Maka disinilah perkataan “ahli
kitab” diambil dan digunakan dalam al Quran.Maka jelaslah Al
Quran hanya mengambil kira ahli kitab itu hanya ditujukan
kepada Bani Israil yang memegang/menerima kitab kitab Allah yang dibawa olih
nabi mereka masing masing.
Perlu diingat terdapat juga mereka
yang diluar kaum Bani Israil,yang menganut ajaran Nabi Isa. Mereka tidak
digelar sebagai beragama Nasrani,tetapi mereka dikenali sebagai penganut ugama Masehiyyah (asal daripada
bahasa Yunani yang bererti “dipilih/dikhususkan)
Olih
kerena mereka bukan daripada kaum Bani Israil,maka mereka tidak dikira sebagai
ahli kitab.
Diantara mereka
ialah: Warqah bin Naufal (bangsa arab),Maharaja Najasyi, Rahib Bahiro dan
rahib/gurunya Salman Al Farisi.
Al-Quran telah
menceritakan ahli ahli kitab ini,apabila nabi masing masing telah pergi atau
wafat,mereka mulalah berpaling daripada ajaranyang sebenarnya.Kitab kitab
Taurat dan Injil telah diubah,ditambah,dibuang dan dimasukkan unsor unsor
lain,sahinggalah kitab itu tidak asli lagi.Maka jadilah mereka sesat,kufur dan
syirik terhadap Allah.
Maka kepada ahli ahli
kitab inilah Nabi Muhamad juga diutuskan bagi membawa
kembali mereka kepada kepercayaan mereka yang asal atau menjadi pengikut
Baginda Muhammad saw.
ii) Siapa itu yang
dikatakan ahli kitab.
Daripada
catitan (i) – 4) dan (i) – 5) diatas maka para Ulama’ bersempendapat
meyatakan ahli kitab ialah:-
a) Ditujukan kepada kaum
Bani Israil sahaja.
b) Mereka beriman dan menerima
pakai Kitab Taurat bagi yang beragama Yahudi dan Injil bagi yang
beragama Nasrani.
c) Mereka masih memegang
ajaran dan syari’at Nabi Musa bagi yang berugama Yahudi dan Nabi Isa bagi yang
beragama Nasrani.
(ii)
– a) - Ahli Kitab itu ditujukan/dimaksudkan hanya kepada Bani
Israel sahaja.
Didalam al Quran
terdapat sebanyak 40 kali perkataan Bani Israil,37 kali perkataan ahli kitab,38
kali perkataan Nasrani,77 kali perkataan Yahudi dan 37 kali gabungan kedua dua
perkataan Yahudi dan Nasrani.Jumlah kesemuanya tentang itu ialah 229 perkataan.
Maka bagitulah
besarnya tumpuan al Quraan terhadap mereka (Bani Israil,ahli kitab,Nasrani dan
Yahudi) untuk dijadikan pedoman,pengajaran dan renungan bagi semua manusia ini.
Manakala sebahagian
besar perkataan yang bermaksud : kamu,mereka dan kami adalah merupakan “kata
bual” antara Baginda Nabi dengan kaum Bani Israel ketika itu.
Al-Quraan menamakan kedua dua
kelompok Bani Israil yang berugama Yahudi dan Nasrani ini sebagai
Ahli Kitab.
Firman Allah dalam surah al-An’am ayat 156.
(Kami turunkan al-Quran itu) agar
kamu (tidak) mengatakan: "Bahawa kitab itu hanya diturunkan kepada dua
golongan saja sebelum kami, dan sesungguhnya kami tidak
memperhatikan apa yang mereka baca.
Ayat di atas menjelaskan bahawa
kitab Taurat dan Injil hanya diturunkan kepada dua golongan sahaja
yang beragama Yahudi dan Nasrani dari kaum Bani Israel..Sebaliknya
al Quran di turunkan untuk semua
golongan manusia.
Firman Allah Taala:-
Dan janganlah kamu berbahas dengan
Ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang
yang berlaku zalim di antara mereka; dan
katakanlah (kepada mereka): "Kami beriman kepada (Al-Quran) yang
diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan
kepada kamu; dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah
Satu; dan kepadaNyalah, kami patuh dengan berserah diri."
(al Ankabut :46)
Bolihlah difahamkan ayat diatas
membawa maksud:
(ii)-a-1- Ahli Kitab yang bolih
berbahas ialah dari dua kelompok Bani Israil yang diakui masih
memegang ajaran yang tulin dari nabi nabi mereka.Berbahaslah
dengan mereka dengan cara yang baik dan berhemah.
(ii)-a-2- Perkataan “diantara
mereka” ,perkataan “diturunkan kepada kamu “ dan
perkataan “Tuhan kamu” ditujukan kepada kaum Bani
Israil (Yahudi dan Nasrani).
Menurut al-Thaba’thaba’i istilah
Ahlul Kitab pada surat al-Ankabut ayat 46 sendiri,ialah umat Yahudi dan
Nashrani (iaitu dari dua kelompok diatas).
(Muhammad Husayn al-Thabathaba’i,
al-Mizan fi Tafsir al-Qur’an, juz. 16, (Beirut: Mu’assasah al-‘Alami
al-Mathbu’ah, 1983)).
Imam al-Syafi’i (w. 204 H)
berpendapat bahwa yang termasuk Ahli Kitab hanyalah pengikut Yahudi
dan Nashrani dari Bani Israil saja. (Muhammad ibn Idris
al-Syafi’i, Al-Umm, jil. 6, diedit oleh Rif’at Fauzi ‘Abd al-Mathlab, (T.Tmpt:
Dar al-Wafa’, cet. I, 2001).
(ii)-b- Mereka
beriman dan menerima pakai Kitab Taurat bagi yang beragama Yahudi
dan Injil bagi yang beragama Nasrani.- kitab yang tulin.
Firman
Allah:
Orang-orang yang Kami
beri Kitab sebelum turunnya Al-Quran, mereka beriman kepadanya. (al Qasas 28:52)
Dan apabila Al-Quran itu dibacakan kepada
mereka; mereka, berkata: "Kami beriman kepadanya, sesungguhnya ia adalah
perkara yang betul benar dari Tuhan kami; sesungguhnya kami sebelum ia
diturunkan, telahpun mematuhinya
(al Qasas53)
Ayat ayat diatas
dengan terangkan sekali menyatakan ahli kitab mematuhi ajaran kitab kitab
mereka yang asli.
(ii)-c- Mereka
masih memegang ajaran dan syari’at Nabi Musa bagi yang berugama Yahudi dan Nabi
Isa bagi yang beragama Nasrani. Ajaran yang asli.
Maksudnya mereka beriman kepada
kerasulan Nabi Muhammad dan kepada kitab Al Quran tetapi masih lagi mengekalkan
syari’at nabi masing masing dan menggunakan kitab masing masing sebagai panduan
dan rojokan.
Firman Allah:
Mereka itu akan beroleh
pahala dua kali disebabkan kesabaran mereka; dan juga kerana mereka
menolak kejahatan dengan kebaikan, dan mereka menderma dari apa yang Kami
kurniakan kepada mereka.
(al Qasas 28:54)
Maksudnya: Mereka berolih dua pahala kerana kesabaran mereka menunggu
kedatangan Rasul Muhammad dan kitab Al Quran,tetapi masih taat dan setia kepada
nabi masing masing.
Sesungguhnya orang-orang yang
beriman, dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasora (Nasrani), dan
orang-orang Saabien sesiapa di antara mereka itu beriman kepada
Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka
bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan
(dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka, dan mereka pula tidak
akan berdukacita.
(Al Baqarah :62)
(iii) Keadaan
ahli kitab sebelum dan semasa nabi Muhammad.
a)
Tentang
pegangan mereka
b)
Pandangan
Islam terhadap mereka.
c)
Pandangan
mereka terhadap Nabi Muhammad dan Islam
Bani Israil merupakan
suatu kaum yang mempunyai peribadi atau sikap yang buruk.Mereka sangat suka
membantah,hati yang busuk,berhasad dengki,bebal,pendendam,munkir janji dan
pelbagai lagi sifat buruk.Keburukan mereka ini ada diterangkan dalam al Quran.
Firman Allah:
Kebanyakan Ahli kitab (Yahudi dan
Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir
setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari
diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad
s.a.w). …..(Al Baqarah :109)
Satelah Nabi Musa
Wafat,mulalah kaum ini (Bani Israil) menyelewengkan ajaran agama
mereka.Penyelewengan ini dilakukan olih Para Rabbi (pendita/ulama’) mereka,tanpa
disedari olih umat Bani Israil ketika itu.Isi isi Kitab Taurat
yang tulin telah diubah, dibuang, ditambah mengikut kehendak hati mereka.Maka
jadilah kitab suci itu palsu.
Firman Allah:
Dan
di antara mereka pula ada orang-orang yang buta huruf, mereka tidak
mengetahui akan isi Kitab Taurat selain dari penerangan-penerangan bohong (dari
ketua-ketua mereka), dan mereka hanyalah berpegang kepada sangkaan-sangkaan
sahaja.
(Al
Baqarah :78)
maka bolehkah kamu menaruh harapan bahawa mereka (orang yahudi) akan
beriman kepada seruan Islam yang kamu sampaikan itu, padahal sesungguhnya telah
ada satu puak dari mereka yang mendengar Kalam Allah (Taurat),
kemudian mereka mengubah dan memutarkan maksudnya sesudah mereka memahaminya,
sedang mereka mengetahui (bahawa perbuatan itu salah)?
(Al Baqarah :75)
Kecelakaan besar bagi orang-orang
yang menulis Kitab dengan tangan mereka (mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka
berkata: "Ini ialah dari sisi Allah", supaya mereka dengan perbuatan
itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi
mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang
mereka usahakan itu.
(Al Baqarah
:79)
Bagitu juga yang terjadi kepada umat
umat Nabi Isa.Injil yang tulin telah dipalsukan.Ada isi isi yang titambah ikut
akal pendita mereka.Ada yang dibuang.Ada yang diputar belitkan.
(iii)
- b - Pandangan Islam terhadap mereka.
Sebagaimana yang diterngkan dalam
bab (i) – 2 – Baginda Muhammad saw diutuskan Allah kepada umat manusia
seluruhnya untuk beriman kepada Allah.
Disamping itu Baginda Nabi
ditugaskan untuk menyedarkan kembali dan berusaha membawa kembali ahli kitab
ini kepada ajaran mereka yang sebenar.
Maka diutuskan Baginda Muhammad bagi
menerangkan,memujuk dan berhujah dengan mereka,agar mereka sedar.Bagitulah
harapan Baginda Nabi saw.
Diantaranya Firman Allah:
Apakah kamu berharap bahawa
mereka (orang yahudi/nasrani) akan beriman kepada seruan Islam yang kamu sampaikan
itu, dan sesungguhnya telah ada satu puak dari mereka yang mendengar Kalam
Allah……………..(Al Baqarah :94)
Katakanlah (wahai Muhammad kepada
kaum Yahudi): "Kalau negeri akhirat itu telah menjadi hak khusus untuk
kamu pada sisi Allah, tidak boleh dicampuri oleh orang-orang
lain (seperti yang kamu dakwakan itu), maka cita-citakanlah mati
(supaya kamu dimatikan sekarang juga), jika betul kamu orang-orang yang
benar".
(Al Baqarah :94)
Ayat ayat diatas menunjukan diantara
pujukan dan hujahan diantara Rasulallah dengan mereka.
(iii)-c- Pandangan
mereka terhadap Nabi Muhammad dan Islam
Orang orang Yahudi dan Nasrani (Bani
Israil) merasai iri hati dan dengki yang amat sangat kepada Nabi Muhammad saw
dan umat Islam kerana Allah memilih seorang Nabi yang bukan dikalangan mereka.
Firman Allah:
Patutkah mereka dengki kepada
manusia (Nabi Muhammad dan umatnya) apa (pangkat Nabi dan agama Islam) yang
telah diberikan oleh Allah kepada mereka dari limpah kurniaNya? Kerana
sesungguhnya Kami telahpun memberi kepada keluarga Ibrahim: Kitab (agama) dan hikmat (pangkat Nabi), dan kami telah
memberi kepada mereka kerajaan yang besar. ........
Diantara Yahudi dan Nasrani,yang
paling kuat memusuhi Nabi dan Umat Islam ialah orang orang Yahudi.Manakala
orang orang Nasrani lebih lembut dan bertolak ansor.: Islam ialah orang orang
Yahud paling kuat memusuhi Nai dan Umat Islam ialah orang orang Yahusi:
Muhammad saw dan umat Islam
Firma Allah:
Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad)
akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang
beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan sesungguhnya
engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada
orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: "Bahawa kami
ini ialah orang-orang Nasrani" yang demikian itu, disebabkan
ada di antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan
kerana mereka pula tidak berlaku sombong.
( Al-Maidah: 82)
Dalam ayat diatas orang orang
nasrani yang dimaksudkan ialah pengikut ajaran Isa yang tulin,dari kaum Bani
Israil .Mereka mengikut apa yang diperturunkan olih sahabat sahabat setia Isa
(Hawariyyun).Mereka tidak sama sekali mempersekutukan Allah.Mereka adalah orang
orang yang beriman dari Bani Israil.Manakala kebanyakkan penganut Yahudi sangat
keras – tidak beriman.
Maka ketika Nabi Isa merasa akan
kekufuran dari mereka (Bani Israil), berkatalah ia:" Siapakah
penolong-penolongku kepada Allah (bagi menegakkan agamaNya)?". Orang-orang
"Hawariyyuun" (Sahabat sahabat Nabi Isa) berkata: "Kamilah
penolong-penolong (utusan) Allah. Kami telah beriman kepada Allah, dan
saksikanlah (wahai Nabi Allah) sesungguhnya kami ialah orang-orang
Islam .
(Ali Imran:52)
iv) Siapakah Ahli Kitab
yang ingkar/yang kufur
Nasrani
yang mempersekutukan Allah, golongan inilah yang disebut Nasrani Triniti
(Musyrik) yang sangat benci dan memusuhi Islam.Mereka inilah orang Kristian
sekarang.Mereka telah membuang Injil yang asal dan menjadi musyrik.-( Al-Maidah: 17)
Demi sesungguhnya telah kafirlah
orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah salah satu
dari tiga tuhan". Padahal tiada Tuhan (yang berhak disembah)
melainkan Tuhan yang Maha Esa. Dan jika mereka tidak berhenti dari
apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari antara
mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
( Al-Maidah: 73)
Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu
kufurkan (ingkarkan) ayat-ayat keterangan Allah padahal kamu menyaksikan
kebenaranNya?
(Ali Imran:70)
Mari kita lihat kepada athar
dari Sayyidina Ali KW yang menyebut tentang Yahudi Bani Taghlib dengan
katanya :
Ertinya : "Mereka tidak
mengambil apa-apa dari ajaran Nasrani kecuali untuk minum arak dan memakan
babi"
( Rujuk : Al-Majmu' oleh Imam
An-Nawawi, 9/74)
Ia juga berdasarkan athar :-
عن نافع مولى ابن عمر: أنه كان إذا
سُئِل عن نكاح النصرانية واليهودية، قال: إن الله حرم المشركات على المؤمنات،
ولا أعلم من الإشراك شيئًا أكبر من أن تقول المرأة: ربها عيسى، وهو عبد من
عباد الله (انظر: البخاري مع الفتح "9/416"
حديث "5285" باب قول الله تعالى: (ولا تُنْكِحُوا المشركاتِ
حتى يُؤْمِنَّ..) من كتابالطلاق، وانظر: تفسير ابن كثير "1/258"، ط
الحلبي. وتفسير القرطبي "3/68" ط. دار الكتب).
Ertinya : Ibn Umar ditanya berkenaan
hukum berkahwin dengan ahli kitab nasrani dan yahudi, maka dia berkata :
" Sesungguhnya Allah mengharamkan berkahwin dengan kaum wanita musyrik,
dan tidak ku ketahui syirik yang terbesar daripada seorang
wanita berkata : " tuhannya Isa, dan dia pula hamba dari hamba
Allah
( Rujuk Fath al-Bari, haditth no
5285, )
Ini bermakna Ali r.a dan Ibn
Umar tidak setuju dengan pengiktirafan ahli kitab kepada mereka yang tidak
berpegang dengan sepenuhnya. Mereka telah terkeluar dari ajaran Musa dan Isa.
Sesungguhnya tidak ada musyrik yang lebih besar dari orang yang mengatakan
Allah mempunyai anak atau Tuhan Allah itu tiga dalam satu.
Ini menunjukkan bahawa kristian yang
mempercayai trinity, mereka adalah kafir musyrik yang telah terkeluar dari
ajaran ahli Kitab iaitu nasrani yang sebenar.Mereka tidaklah layak di gelar
Ahli Kitab lagi.
Bagitu juga Yahudi.Mereka masih
mengatakan Uzair anak Allah.Disamping itu Yahudi masih berkelakuan yang
buruk,khianat,dengki,pendendam dan sebagainya.
Demikian yang diriwayatkan Sufyan
bin Uyainah dengan sanadnya dari Adi bin Hatim. Ibnu Mardawih meriwayatkan dari
Abu Dzar, dia berkata, “Saya bertanya kepada Rasulullah SAW tentang orang-orang
yang dimurkai, beliau bersabda, ‘Kaum Yahudi.’ Saya bertanya tentang
orang-orang yang sesat, beliau bersabda, ‘Kaum Nasrani.’”
Tentang ayat 3 – 5 al Maidah
Sudah melebihi 20 tahun,Baginda
Muhammad saw berdakwah menyampaikan risalah Allah kepada manusia
umum.Sahinggalah sampai dipenghujung hayat bginda,iaitu 81 hari sebelum baginda
wafat,baginda sedaya upaya memujuk,mengajak dan berhujah dengan mereka yang
dikatakan ahli kitab itu,supaya menerima Islam yang dibawa baginda atau
berbalik kepada ajaran asal yang dibawa olih Musa atau Isa.Tetapi sebahagian
besar dari mereka (ahli kitab) masih lagi enggan,membantah,ingkar dan bebal
kepada ajakan Baginda.Sahinggalah turunnya ayat dari surah Al Maidah ayat
3,4, dan 5 yang berbunyi:
………..Pada hari ini, orang-orang
kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu .Sebab itu
janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut
dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu,
dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu
menjadi agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan,sedang ia
tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana
sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
( Al-Maidah: 3)
Ayat
diatas diturunkan apabila orang mukmin dibawah pimpinan Nabi telah mencapai
kemenangan dan kejayaan besar sahingga dapat membentuk kerajaan/negara Islam
diMadinah setelah semua puak/kabilah Yahudi dan kabilah kabilah
Arab Musyrik tunduk kepada kerajaan Islam yang baru dibentuk.Orang
orang kair Yahudi,Narani danMusyrik tela brputus asa dan tidak berkemampuan lagi
megusik Oang orangIslam.
Mereka bertanya kepadamu (wahai
Muhammad): "Apakah yang dihalalkan bagi mereka?"
Katakanlah: "Dihalalkan bagi kamu (memakan) baik baik, dan (buruan yang
ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu)
mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya
sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu. Maka makanlah dari
apa yang mereka tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya (ketika kamu
melepaskannya berburu); dan bertaqwalah kepada Allah (dengan memelihara
diri dari memakan yang diharamkan Allah); Sesungguhnya Allah Maha Cepat
hitungan hisabNya"
(Al-Maaidah 5:4)
Pada masa ini dihalalkan bagi kamu
yang baik-baik. Dan makanan (sembelihan) orang-orang yang diberikan Kitab
itu adalah halal bagi kamu, dan makanan (sembelihan) kamu adalah halal bagi
mereka. Dan (dihalalkan kamu berkahwin) dengan perempuan-perempuan yang menjaga
kehormatannya - di antara perempuan-perempuan yang beriman, dan juga
perempuan-perempuan yang menjaga kehormatannya dari kalangan orang-orang yang
diberikan Kitab dahulu daripada kamu apabila kamu beri mereka maskahwinnya,
sedang kamu (dengan cara yang demikian), bernikah bukan berzina, dan bukan pula
kamu mengambil mereka menjadi perempuan-perempuan simpanan. Dan sesiapa yang
ingkar (akan syariat Islam) sesudah ia beriman, maka sesungguhnya gugurlah
amalnya (yang baik) dan adalah ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang
rugi.
(Al-Maaidah
5:5)
Ayat 3 -5 diatas diturunkan selepas
berlakunya Peperangan Khaibar pada tahun 629 masihi.Dalam peperangan itu
tentera Islam dapat kemengan besar satelah mengalahkan tentera Yahudi Bani
Nadhir.Kekalahan itu menyebabkan puak Yahudi itu menaruh dendam teramat sangat
kepada Nabi.Mereka cuba meracun Nabi,tetapi yang memakan racun itu ialah
sahabat Nabi Bisri bin Baru ra.Beliau mati satelah memakan makanan beracun
tersebut.
Banyak riwayat tentang turunya ayat
ini.Diantara yang mashor ialah tentang hadis nabi yang diceritakan olih Abu Raf
(yang disampaikan olih Thabrani,Al Hakimm dan Ibnu Jarir).Mengikut
riwayat turunnya ayat 4 -5 ialah tentang Jibril yang datang bertandang
dikediaman baginda nabi.Tetapi Jibril enggan masuk dalam kediaman tersebut
kerana dikatakan ada anjing.Maka Nabi memerintahkan Abu Rafi' membunuh
semua anjing anjing yang terdapat di Madinah dan di Awaliy.
Kemudian datanglah beberapa sahabat
nabi,diantara mereka ialah Ashim bin Addiy, Saad bin Hatsmah dan Uwaimir bin
Saidah datang bertanya kepada Nabi saw :"Apakah yang dihalalkan untuk kami
dari makhluk ini yang engkau suruh kami agar membunuh mereka?" Kemudian
turunlah ayat 4 – 5 dari surah Al Maidah berbunyi …… "Mereka
menanyakan kepadamu, 'Apakah yang dihalalkan untuk mereka...'" (Q.S.
Al-Maidah 4-5).
Tentu kita akan
bertanya apakah sangkutan diantara ayat 4-5 dengan penghapusan semua
anjing anjing di seluruh Madinah,kerana selama ini anjing anjing liar terbiar
bebas dan dipelihara.
Kemudian apa
sangkutan ayat ini dengan anjing anjing perburuan dan anjing penjaga kebun?
Apakah selama ini (melebihi
20 tahun) mereka yang dikatakan ahli kitab itu dipujuk,diajak,didebat dan
diajak berunding sampai kepenghujungnya.Maka ahli kitab yang dikatakan ingkar
dan memusuhi Islam itu telah dikeluarkan atau ditolak sebagai ahli kitab yang
sebenar,tetapi diterima baik dan dihalalkan ahli ahli kitab yang telah brbalik
keajaran mereka yang asal atau menjadi Islam yang mengikut syari’at Muhammad..--- “Wallah
Hu a'lam.
Sesungghnya ayat ayat
Allah banyak perumpamaan yang perlu direnungi.
Diantaranya Nabi Daud
dengan 99 kambng betina dan jadilah kaum yahudi kera.
iv) Penganut Kristian itu bukan ahli kitab.
Nasrani adalah sabuah mazhab yang
sangat kecil dikalangan Bani Israil yg memisahkan diri dari para hawariyyun
dan para tabiun karena berkeras mahu mengamalkan syariat Kitab Taurat. Mereka
inilah yang kemudianya menjadi pengikut setia Isa as.
Yahudi
adalah agama tribal/kesukuan yang hanya bolih dianuti oleh bangsa Bani Israil
sahaja. Agama ini tidak bolih disebarkan ke luar dari suku Yahudi.Golongan ini
sangat memusuhi Paulus kerana mendakawa beliau telah membuka agama Bani Israil
kepada bangsa lain.
Golongan
ini masih ada,tetapi sangat sedikit dan terpencil.Al Quran juga ada menyatakan
golongan ini amat sedikit.
Sementara
agama Kristian dan Islam disebarkan ke seluruh manusia dipeluk oleh jutaan
pengikutnya.
Kristian yang ada sekarang
sebenarnya tidak ada dalam lenkngan 48 tahun sesudah perginya Nabi
Isa.Selepas itu baharulah pendiri Kristian alaf baru yang palsu
diamalkan.Pengsasnya ialah
Paulus(Saulus) dan Barnabas di kota
Antiokhia.
Perhatikan apa kata
Bibel berikut:
"Lalu
pergilah Barnabas ke Tarsus untuk mencari Saulus; dan setelah bertemu dengan
dia, ia membawanya ke Antiokhia. Mereka tinggal bersama-sama dengan jemaat itu
satu tahun lamanya, sambil mengajar banyak orang. Di Antiokhia-lah murid-murid
itu
untuk pertama
kalinya disebut Kristian" (Kisah Para Rasul 11: 25-26).
Jadi kita katakana
Penganut Kristian bukanlah ahli kitab,tetapi termasuk dalam gulugan kafir.
Mereka ini merupakan
kelompok mansia kafir yang sangat memusuhi Islam,sahingga mereka membentuk
pakatan “SALIB DAN ZIONIS”
v) Adakah bible itu
injil?
Ustaz Wahabi itu
menyatakan isi isi bible orang Kristian terdapat beberapa persamaan
dengan apa yang terdapat dalam Quran.
Ya kah?
Bible yang dipakai
olih penganut Kristian sekarang ini bukanlah Injil.Bible itu tidak ada
bezanya dengan kitab kitab ugama lain selain Islam.Olih kerana bible bukan
Injil,maka Kristian bukanlah “ahli kitab.”
Bahkan umat Islam
tidak diwajibkan beriman kepada Bible dan Kitab Thalmud (Taurat yang tidak
tulin) dari Allah.Walau pun terdapat satu atau dua persamaan dengan Al
Quran,kerana kitab kitab ugama lain pun ada satu atau dua persamaan dengan Al
Quran.
Bibel banyak sekali
maklumat maklumat palsu yang telah ditulis olih tangan tangan jahat Yahudi.
Perkara yang paling
ketara ialah: Injil membawa ajaran mentauhidkan Allah,manakala bible
membawa ajaran Trinity/tiga dalam satu,iaitu mensyirikkan Allah Taala.Ajaran
Trinity adalah merupakan sebesar besar syirik.
Malah ada segelintir
Kristian menyatakan adanya sabuah Injil tulin yang tertinggal dan
disembunyikan dibumi,dan mereka menamakan injil tulin itu sebagi The Lost
Bible.Mereka juga mendakwa bible Kristian sekarang adalah karangan
Paulus.Paulus lah yang bertanggong jawab menghapuskan Injil asal.
Dakwaan ini
membenarkan bahawa bible sekarang bukanlah Injil yang sebenar.
vi) Kesimpulan
1) Penganut
Kristian bukanlah ahli kitab.Sembelihan mereka tidak bolih dimakan
2) Kristian
bukanlah Nasrani.Nasrani adalah anutan pengikut Isa,tetapi keristian ialah
anutan pengikut Paulus dan Barnabas yang sesat.
3)
Bible bukanlah kitab Allah.Maka
bible bukanlah Injil.Maka diharamkan beriman dengan bible.
4)
Berhati hati lah:Sesungguhnya kaum
Yahudi (Yahudi dan kristian) akan mengajak kita sejengkal demi sejengkal
menjadi seperti mereka……… Dari hadis Nabi.
Wallahu a'lam
MGM National Harbor announces $12 million
BalasPadamMGM 밀양 출장샵 National Harbor is adding an additional 200 rooms to its casino floor, 이천 출장마사지 adding an 안성 출장마사지 additional 200 suites to complement the existing Resorts Aug 화성 출장안마 17, 2020 양산 출장마사지