Isnin, 5 Oktober 2015

SEJARAH PEMBUKAAN KAMPONG BUKIT MERIAM.


SEJARAH PEMBUKAAN KAMPONG  BUKIT MERIAM.

Kuala Muda adalah salah satu daerah di negeri Kedah.Daerah ini mempunyai beberapa buah mukim.Salah satu mukimnya ialah Mukim Bukit Meriam.
Di dalam Mukim Bukit Meriam terdapat 18 buah kampong.Salah satu dari kampong tersebut ialah Kampong Bukit Meriam.
Kampong Bukit Meriam mungkin telah dibuka lebih kurang pada tahun Masihi 1750’n.Ini berasaskan pada batu nisan penerokanya yang telah meninggal dunia yang bertarikh 1201 Hijrah.
Mengikut ceritanya kampong ini dibuka olih beberapa keluarga yang di ketuai olih Tuan Haji Mustafa bin Haji Muhammad.
Mereka itu datang nya dari Kampong Kuala Bekah Pattani,diselatan Thailand.
Ketika itu Kampong Bukit Meriam masih lagi hutan rimba yang agak tebal.Tuan Haji Mustafa dan kawan kawan nya telah meneroka hutan  tersebut dan membuat perkampongan.

Tuan Haji Mustafa diceritakan sebagai seorang yang alim dan warak.Beliau dikatakan membawa saorang adik perempuannya (nama adiknya itu tidaklah diketahui).
Adik perempuan nya itu,diceritakan telah diserang,dibunuh dan dilarikan kedalam hutan.Peristiwa itu berlaku ketika adiknya itu sedang merebus ubi kayu dihadapan pondok/dagau mereka.

Menyedari hal itu Tuan Haji Mustafa segera berdoa kepada Allah.Tidak lama kemudian keluarlah seekor harimau dari semak semak hutan dengan menggunggong mayat adik nya yang telah terkulai mati.Harimau itu kemudiannya meletakkan mayat tersebut dihadapan Tuan Haji Mustafa.Harimau itu dikatakan telah merendahkan dirinya dihadapan Tuan Haji Mustafa,seolah olah memohon maaf,Tuan Haji Mustafa tidak berbuat apa apa.Beliau tenang sahaja.Kemudian harimau itu terus lari masuk kehutan kembali.





























Jika ada beberapa kesilapan harap maaf.Jika ada tambahan harap ditambah.
Jika hendak bertanya lebih lanjut bolihlah komen dalam blog ini,atau kontek saya:
013 - 6609863. Pak Lang Md.Zain.


    Gambar kami lima beradik: Dari kiri:- Saya,Abang sulong (Baharom -dah meninggal),kakak Hasnah,adik Elias dan Adik Rafeah. Gambar diambil 10 tahun dahulu



Gambar sebahagian daripada keleuarga kami.



Gambar saya sudah tua (gambar sekarang) ,bersama anak bongsu saya Zam Zarina (pensayarah)

Sekian dari saya : MD.ZAIN BIN KHALID 
                              Taman Tengku  Jaafar Selatan,
                              Senawang.Negeri Sembilan.

H/P:   013 - 6609863.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan