Rabu, 28 Oktober 2015

WAHABI:- SEMBELIHAN ORANG KRISTIAN.


Seorang ustaz wahabi telah bertanya kepada saya,bolih kah dimakan sembelihan orang Kristian.
Jawab saya tidak bolih.
Kata ustaz,sebenarnya sembelihan orang keristian itu halal dimakan,kerana mereka ahli kitab.
Seorang lagi ustaz wahabi ketika memberi syarah nya,berkata sembelihan orang Kristian itu lebih bersih daripada sembelihan orang Islam sendiri.

Maka ustaz wahabi itu membaca satu hadis yang menyatakan nabi ada memakan sembelihan orang Kristian  yang disedekahkan kepada baginda.

Kemudian beliau membaca sepotong ayat dari surah al Maidah ayat 5,berbunyi:-


Pada hari ini dihalalkan bagi kamu  yang  baik-baik. Dan makanan (sembelihan) orang-orang yang diberikan Kitab itu adalah halal bagi kamu, dan makanan (sembelihan) kamu adalah halal bagi mereka.                                               
(al- Maaidah:5)       

Saya bertanya,bolihkah kita memakan sembelihan orang kafir.
Maka mereka menjawab sembelihan orang kafir haram dimakan.
Saya pun membaca ayat yang berbunyi:-        


         Sesungguhnya, kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam, katakanlah (wahai Muhammad): " Maka siapakah yang dapat menahan (seksa) dari Allah sedikit jua pun kalau Ia mahu membinasakan Al-Masih Ibni Maryam beserta ibunya…………                                               
(al Maaidah:17)

Ayat diatas dengan terang menyatakan kafirlah mereka yang menyatakan Isa anak Mariam itu Allah atau anak Allah dan Mariam itu isterinya Allah atau ruhhul qudus.

Ustaz itu menyatakan mereka tidak termasuk dalam kumpulan kafir yang diharamkan memakan sembelihannya,kerana mereka ahli kitab.
Ingin saya tanyakan, tidakkah sama kafir agama lain dengan kafir Ahli kitab?Apakah kafir ahli kitab lebih mulia dari kafir majusi atau hindu atau taonism dan sebagainya
Ingin saya Tanyakan,tidakkah sama kafir musyrik Makkah dengan syiriknya ahli kitab.
Kenapa adanya perbezaan kepada kafir yang bagitu besar syiriknya.
Mungkinkah kafir ahli kitab dimasukkan kedalam neraka yang lebih aman dari neraka kafir kafir lain?
Ataukah kafir ahli kitab dimasukkan kesyurga terkebawah sekali dari orang mukmin.Sedangkan mukmin sendiri belum tentu kedudukan mereka disyurga atau neraka.

Berbalik kita kepada ayat 5 dari surah al Maidah diatas.Cuba kita tanyakan siapakah ahli kitab itu?Apakah kitab kitb yang mereka terima atau pegang.

Bagi merungkaikan permasalahan ini cuba kita pecahkan persoalan ini  kepada:-

i)   
Bilakah munculnya kata nama “ahli kitab.”
ii)   Siapa itu yang dikatakan ahli kitab.
iii)  Keadaan ahli kitab sebelum dan semasa nabi Muhammad.
iv)   Siapakah Ahli Kitab yang ingkar/yang kufur
v)         Penganut Kristian itu bukan ahli kitab.
vi)        Adakah bible itu Injil
vii)       Kesimpulan.

(i)    Bilakah munculnya kata nama “ahli kitab.”    

“Kata nama” ahli kitab ini hanya terbit setelah Al Quran diturunkan.Perkatan ini tercatit sebanyak 37 kali dalam al Quran.

(i)  – 1)  Kenapakah perkataan ini diperturunkan.Inilah persoalannya.

Rasulallah Muhammad saw diutuskan kebumi ini bagi menjalankan beberapa tugas.
Diutuskan baginda Rasul olih Allah pada waktu yang tepat.
Diwaktu baginda Rasul diutuskan, manusia ditanah Arab khasnya dan manusia ditempat lain umumnya,bolihlah dibahagikan kepada:

a)
    Manusia yang tidak percayakan tuhan
b)      Manusia yang percayakan adanya tuhan,tetapi mereka ini sesat,musyrik dan salah memilih tuhan mereka.
c)      Manusia yang mendapat petunjuk Allah,dan kekal dengan petunjuk itu.
d)     Manusia yang mendapat petunjuk Allah,tetapi kemudian akhirnya tersesat/menyimpang dari petunjuk tersebut.

( i) – 2)   Maka diutuskan Muhammad saw bagi:
a)      Menyeru manusia supaya beriman kepada Allah.
b)      Memperbetulkan  manusia yang tersalah memilih tuhan mereka.
c)      Memantapkan atau menguatkan keimanan mereka yang telah beriman
d)     Mengembalikan manusia yang tersesat/menyimpang setelah mereka beriman/setelah mendapat petunjuk  kepada iman yang sebenar.

(i) – 3)  Ketika itu Semenanjung Arab di huni olih dua puak terbesar “ras semetis” dari cabang Ibrahim iaitu Ismail dan Ishak.Dari Ismail inilah lahirnya keturunan Arab,dan daripada Ishak turun kepada Yaakob yang kemudiannya melahir keturunan “Bani Israil.”

(i) – 4 ) Melalui keturunan Bani Israil inilah lahirnya banyak sekali para nabi dan rasul Allah.Diantara mereka ada yang diberikan kitab Allah.
Kitab kitab tersebut ialah:-
-          Kitab Zabur diturunkan kepada Nabi Daud
-          Kitab Turat diturunkan kepada Nabi Musa dan
-          Kitab Injil diturunkan kepada Nabi Isa.


(i)- 5) Bagi pengikut Nabi Musa yang memegang kitab Taurat mereka digelar Yahudi (dengan mengambil sempena nama salah serang anak Nabi Yaakob iaitu Yahuza).

Bagi pengikut Nabi Isa yang memegang kitab Injil mereka digelar Nasrani (dengan mengambil sempena nama tempat kelahiran dan kampong asal Isa,iaitu Nazaret yang berdekatan dengan Galilea Plastin.
Maka disinilah perkataan “ahli kitab” diambil dan digunakan dalam al Quran.Maka jelaslah  Al Quran hanya mengambil kira ahli kitab itu  hanya ditujukan kepada Bani Israil yang memegang/menerima kitab kitab Allah yang dibawa olih nabi mereka masing masing.


Perlu diingat terdapat juga mereka yang diluar kaum Bani Israil,yang menganut ajaran Nabi Isa. Mereka tidak digelar sebagai beragama Nasrani,tetapi mereka dikenali sebagai penganut ugama Masehiyyah  (asal daripada bahasa Yunani yang bererti  “dipilih/dikhususkan)
Olih kerena mereka bukan daripada kaum Bani Israil,maka mereka tidak dikira sebagai ahli kitab.

Diantara mereka ialah: Warqah bin Naufal (bangsa arab),Maharaja Najasyi, Rahib Bahiro dan rahib/gurunya Salman Al Farisi.
Al-Quran telah menceritakan ahli ahli kitab ini,apabila nabi masing masing telah pergi atau wafat,mereka mulalah berpaling daripada ajaranyang sebenarnya.Kitab kitab Taurat dan Injil telah diubah,ditambah,dibuang dan dimasukkan unsor unsor lain,sahinggalah kitab itu tidak asli lagi.Maka jadilah mereka sesat,kufur dan syirik terhadap Allah.
Maka kepada ahli ahli kitab inilah Nabi Muhamad juga  diutuskan bagi membawa kembali mereka kepada kepercayaan mereka yang asal atau menjadi pengikut Baginda Muhammad saw.

ii)                  Siapa itu yang dikatakan ahli kitab.
Daripada catitan  (i) – 4) dan (i) – 5) diatas maka para Ulama’ bersempendapat meyatakan ahli kitab ialah:-
a)      Ditujukan kepada kaum Bani Israil  sahaja.
b)      Mereka beriman dan menerima pakai Kitab  Taurat bagi  yang beragama Yahudi dan Injil bagi yang beragama Nasrani.
c)      Mereka masih memegang ajaran dan syari’at Nabi Musa bagi yang berugama Yahudi dan Nabi Isa bagi yang beragama Nasrani.

 (ii) – a) - Ahli Kitab itu ditujukan/dimaksudkan hanya kepada  Bani Israel sahaja.
Didalam al Quran terdapat sebanyak 40 kali perkataan Bani Israil,37 kali perkataan ahli kitab,38 kali perkataan Nasrani,77 kali perkataan Yahudi dan 37 kali gabungan kedua dua perkataan Yahudi dan Nasrani.Jumlah kesemuanya tentang itu ialah 229 perkataan.
Maka bagitulah besarnya tumpuan al Quraan terhadap mereka (Bani Israil,ahli kitab,Nasrani dan Yahudi) untuk dijadikan pedoman,pengajaran dan renungan bagi semua manusia ini.

Manakala sebahagian besar perkataan yang bermaksud : kamu,mereka dan kami adalah merupakan “kata bual” antara Baginda Nabi dengan kaum Bani Israel  ketika itu.
Al-Quraan menamakan kedua dua kelompok Bani Israil  yang berugama Yahudi dan Nasrani ini sebagai Ahli Kitab.


Firman Allah dalam surah al-An’am ayat 156.




(Kami turunkan al-Quran itu) agar kamu (tidak) mengatakan: "Bahawa kitab itu hanya diturunkan kepada dua golongan saja sebelum kami, dan sesungguhnya kami tidak memperhatikan apa yang mereka baca.

Ayat di atas menjelaskan bahawa kitab Taurat dan Injil hanya diturunkan kepada  dua golongan sahaja yang beragama Yahudi dan Nasrani dari kaum Bani Israel..Sebaliknya
al Quran di turunkan untuk semua golongan manusia.


Firman Allah Taala:-




Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka; dan katakanlah (kepada mereka): "Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu; dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah Satu; dan kepadaNyalah, kami patuh dengan berserah diri."              (al  Ankabut :46)                       

Bolihlah difahamkan ayat diatas membawa maksud:
(ii)-a-1- Ahli Kitab yang bolih berbahas ialah dari dua kelompok  Bani Israil yang diakui masih memegang ajaran yang tulin dari nabi nabi mereka.Berbahaslah dengan mereka dengan cara yang baik dan berhemah.
(ii)-a-2- Perkataan “diantara mereka” ,perkataan “diturunkan kepada kamu “ dan perkataan “Tuhan kamu” ditujukan kepada kaum Bani Israil (Yahudi dan Nasrani).
Menurut al-Thaba’thaba’i istilah Ahlul Kitab pada surat al-Ankabut ayat 46 sendiri,ialah umat Yahudi dan Nashrani (iaitu dari dua kelompok diatas).
(Muhammad Husayn al-Thabathaba’i, al-Mizan fi Tafsir al-Qur’an, juz. 16, (Beirut: Mu’assasah al-‘Alami al-Mathbu’ah, 1983)).
Imam al-Syafi’i (w. 204 H) berpendapat bahwa yang termasuk Ahli Kitab hanyalah pengikut Yahudi dan Nashrani dari Bani Israil saja. (Muhammad ibn Idris al-Syafi’i, Al-Umm, jil. 6, diedit oleh Rif’at Fauzi ‘Abd al-Mathlab, (T.Tmpt: Dar al-Wafa’, cet. I, 2001).
(ii)-b- Mereka beriman dan menerima pakai Kitab  Taurat bagi  yang beragama Yahudi dan Injil bagi yang beragama Nasrani.- kitab yang tulin.


Firman Allah:

Orang-orang yang Kami beri Kitab sebelum turunnya Al-Quran, mereka beriman kepadanya.                                                                                   (al Qasas 28:52)  



Dan apabila Al-Quran itu dibacakan kepada mereka; mereka, berkata: "Kami beriman kepadanya, sesungguhnya ia adalah perkara yang betul benar dari Tuhan kami; sesungguhnya kami sebelum ia diturunkan, telahpun mematuhinya    
(al Qasas53)    


Ayat ayat diatas dengan terangkan sekali menyatakan ahli kitab mematuhi ajaran kitab kitab mereka yang asli.
 (ii)-c- Mereka masih memegang ajaran dan syari’at Nabi Musa bagi yang berugama Yahudi dan Nabi Isa bagi yang beragama Nasrani. Ajaran yang asli.

Maksudnya mereka beriman kepada kerasulan Nabi Muhammad dan kepada kitab Al Quran tetapi masih lagi mengekalkan syari’at nabi masing masing dan menggunakan kitab masing masing sebagai panduan dan rojokan.


Firman Allah:





Mereka itu akan beroleh pahala dua kali disebabkan kesabaran mereka; dan juga kerana mereka menolak kejahatan dengan kebaikan, dan mereka menderma dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka.                 (al Qasas 28:54)                      

Maksudnya: Mereka berolih dua pahala kerana kesabaran mereka menunggu kedatangan Rasul Muhammad dan kitab Al Quran,tetapi masih taat dan setia kepada nabi masing masing.



Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasora (Nasrani), dan orang-orang Saabien sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal solehmaka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.                            (Al Baqarah :62)                    


 (iii)  Keadaan ahli kitab sebelum dan semasa nabi Muhammad.
 a)      Tentang pegangan mereka
 b)      Pandangan Islam terhadap mereka.
 c)      Pandangan mereka terhadap Nabi Muhammad dan Islam

Bani Israil merupakan suatu kaum yang mempunyai peribadi atau sikap yang buruk.Mereka sangat suka membantah,hati yang busuk,berhasad dengki,bebal,pendendam,munkir janji dan pelbagai lagi sifat buruk.Keburukan mereka ini ada diterangkan dalam al Quran.

Firman Allah: 

Kebanyakan Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w). …..(Al Baqarah :109) 
                                                                                                                       


Satelah Nabi Musa Wafat,mulalah kaum ini (Bani Israil) menyelewengkan ajaran agama mereka.Penyelewengan ini dilakukan olih Para Rabbi (pendita/ulama’) mereka,tanpa disedarolih umat Bani Israil ketika itu.Isi isi Kitab Taurat yang tulin telah diubah, dibuang, ditambah mengikut kehendak hati mereka.Maka jadilah kitab suci itu palsu.

Firman Allah: 


Dan di antara mereka pula ada orang-orang yang buta huruf, mereka tidak mengetahui akan isi Kitab Taurat selain dari penerangan-penerangan bohong (dari ketua-ketua mereka), dan mereka hanyalah berpegang kepada sangkaan-sangkaan sahaja.                           (Al Baqarah :78)                    

Firman Allah:




maka bolehkah kamu menaruh harapan bahawa mereka (orang yahudi) akan beriman kepada seruan Islam yang kamu sampaikan itu, padahal sesungguhnya telah ada satu puak dari mereka yang mendengar Kalam Allah (Taurat), kemudian mereka mengubah dan memutarkan maksudnya sesudah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui (bahawa perbuatan itu salah)?         (Al Baqarah :75)    





Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab dengan tangan mereka (mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: "Ini ialah dari sisi Allah", supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu.                                  (Al Baqarah :79)                                                

Bagitu juga yang terjadi kepada umat umat Nabi Isa.Injil yang tulin telah dipalsukan.Ada isi isi yang titambah ikut akal pendita mereka.Ada yang dibuang.Ada yang diputar belitkan.

(iii) - b - Pandangan Islam terhadap mereka.

Sebagaimana yang diterngkan dalam bab  (i) – 2 – Baginda Muhammad saw diutuskan Allah kepada umat manusia seluruhnya untuk beriman kepada Allah.
Disamping itu Baginda Nabi ditugaskan untuk menyedarkan kembali dan berusaha membawa kembali ahli kitab ini kepada ajaran mereka yang sebenar.

Maka diutuskan Baginda Muhammad bagi menerangkan,memujuk dan berhujah dengan mereka,agar mereka sedar.Bagitulah harapan Baginda Nabi saw.



Diantaranya Firman Allah:



Apakah kamu berharap bahawa mereka (orang yahudi/nasrani) akan beriman kepada seruan Islam yang kamu sampaikan itu, dan sesungguhnya telah ada satu puak dari mereka yang mendengar Kalam Allah……………..(Al Baqarah :94) 




Katakanlah (wahai Muhammad kepada kaum Yahudi): "Kalau negeri akhirat itu telah menjadi hak khusus untuk kamu pada sisi  Allah, tidak boleh dicampuri oleh orang-orang lain (seperti yang kamu dakwakan itu), maka cita-citakanlah mati (supaya kamu dimatikan sekarang juga), jika betul kamu orang-orang yang benar".                   (Al Baqarah :94)
                               

Ayat ayat diatas menunjukan diantara pujukan dan hujahan diantara Rasulallah dengan mereka.


(iii)-c-    Pandangan mereka terhadap Nabi Muhammad dan Islam

Orang orang Yahudi dan Nasrani (Bani Israil) merasai iri hati dan dengki yang amat sangat kepada Nabi Muhammad saw dan umat Islam kerana Allah memilih seorang Nabi yang bukan dikalangan mereka.


Firman Allah:


Patutkah mereka dengki kepada manusia (Nabi Muhammad dan umatnya) apa (pangkat Nabi dan agama Islam) yang telah diberikan oleh Allah kepada mereka dari limpah kurniaNya? Kerana sesungguhnya Kami telahpun memberi kepada keluarga Ibrahim: Kitab (agama) dan hikmat (pangkat Nabi), dan kami telah memberi kepada mereka kerajaan yang besar.        ........             

Diantara Yahudi dan Nasrani,yang paling kuat memusuhi Nabi dan Umat Islam ialah orang orang Yahudi.Manakala orang orang Nasrani lebih lembut dan bertolak ansor.: Islam ialah orang orang Yahud paling kuat memusuhi Nai dan Umat Islam ialah orang orang Yahusi:

 Muhammad saw dan umat Islam


Firma Allah:





Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: "Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani" yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong.        ( Al-Maidah: 82)  



Dalam ayat diatas orang orang nasrani yang dimaksudkan ialah pengikut ajaran Isa yang tulin,dari kaum Bani Israil .Mereka mengikut apa yang diperturunkan olih sahabat sahabat setia Isa (Hawariyyun).Mereka tidak sama sekali mempersekutukan Allah.Mereka adalah orang orang yang beriman dari Bani Israil.Manakala kebanyakkan penganut Yahudi sangat keras – tidak beriman.

Maka ketika Nabi Isa merasa akan kekufuran dari mereka (Bani Israil), berkatalah ia:" Siapakah penolong-penolongku kepada Allah (bagi menegakkan agamaNya)?". Orang-orang "Hawariyyuun" (Sahabat sahabat Nabi Isa) berkata: "Kamilah penolong-penolong (utusan) Allah. Kami telah beriman kepada Allah, dan saksikanlah (wahai Nabi Allah) sesungguhnya kami ialah orang-orang Islam .                                                                                                             (Ali Imran:52)                                                                         

iv)                Siapakah Ahli Kitab yang ingkar/yang kufur


Nasrani yang mempersekutukan Allah, golongan inilah yang disebut Nasrani Triniti (Musyrik) yang sangat benci dan memusuhi Islam.Mereka inilah orang Kristian sekarang.Mereka telah membuang Injil yang asal dan menjadi musyrik.-( Al-Maidah: 17)


Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan". Padahal tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan yang Maha Esa. Dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.                                    ( Al-Maidah: 73)                                               






Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu kufurkan (ingkarkan) ayat-ayat keterangan Allah padahal kamu menyaksikan kebenaranNya?                                                                    (Ali Imran:70)                                      

Mari kita lihat kepada athar dari Sayyidina Ali KW yang menyebut tentang Yahudi Bani Taghlib dengan katanya :

Ertinya : "Mereka tidak mengambil apa-apa dari ajaran Nasrani kecuali untuk minum arak dan memakan babi"
( Rujuk : Al-Majmu' oleh Imam An-Nawawi, 9/74)



Ia juga berdasarkan athar :-


عن نافع مولى ابن عمر: أنه كان إذا سُئِل عن نكاح النصرانية واليهودية، قال: إن الله حرم المشركات على المؤمنات، ولا أعلم من الإشراك شيئًا أكبر من أن تقول المرأة: ربها عيسى، وهو عبد من عباد الله (انظر: البخاري مع الفتح "9/416" حديث "5285" باب قول الله تعالى: (ولا تُنْكِحُوا المشركاتِ حتى يُؤْمِنَّ..) من كتابالطلاق، وانظر: تفسير ابن كثير "1/258"، ط الحلبي. وتفسير القرطبي "3/68" ط. دار الكتب).

Ertinya : Ibn Umar ditanya berkenaan hukum berkahwin dengan ahli kitab nasrani dan yahudi, maka dia berkata : " Sesungguhnya Allah mengharamkan berkahwin dengan kaum wanita musyrik, dan tidak ku ketahui syirik yang terbesar daripada seorang wanita berkata : " tuhannya Isa, dan dia pula hamba dari hamba Allah
( Rujuk Fath al-Bari, haditth no 5285, )


Ini bermakna Ali r.a  dan Ibn Umar tidak setuju dengan pengiktirafan ahli kitab kepada mereka yang tidak berpegang dengan sepenuhnya. Mereka telah terkeluar dari ajaran Musa dan Isa. Sesungguhnya tidak ada musyrik yang lebih besar dari orang yang mengatakan Allah mempunyai anak atau Tuhan Allah itu tiga dalam satu.


Ini menunjukkan bahawa kristian yang mempercayai trinity, mereka adalah kafir musyrik yang telah terkeluar dari ajaran ahli Kitab iaitu nasrani yang sebenar.Mereka tidaklah layak di gelar Ahli Kitab lagi.

Bagitu juga Yahudi.Mereka masih mengatakan Uzair anak Allah.Disamping itu Yahudi masih berkelakuan yang buruk,khianat,dengki,pendendam dan sebagainya.

Demikian yang diriwayatkan Sufyan bin Uyainah dengan sanadnya dari Adi bin Hatim. Ibnu Mardawih meriwayatkan dari Abu Dzar, dia berkata, “Saya bertanya kepada Rasulullah SAW tentang orang-orang yang dimurkai, beliau bersabda, ‘Kaum Yahudi.’ Saya bertanya tentang orang-orang yang sesat, beliau bersabda, ‘Kaum Nasrani.’”

Tentang ayat 3 – 5 al Maidah


Sudah melebihi 20 tahun,Baginda Muhammad saw berdakwah menyampaikan risalah Allah kepada manusia umum.Sahinggalah sampai dipenghujung hayat bginda,iaitu 81 hari sebelum baginda wafat,baginda sedaya upaya memujuk,mengajak dan berhujah dengan mereka yang dikatakan ahli  kitab itu,supaya menerima Islam yang dibawa baginda atau berbalik kepada ajaran asal yang dibawa olih Musa atau Isa.Tetapi sebahagian besar dari mereka (ahli kitab) masih lagi enggan,membantah,ingkar dan bebal kepada ajakan Baginda.Sahinggalah turunnya ayat dari surah Al Maidah  ayat 3,4, dan 5 yang berbunyi:


………..Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu .Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan,sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.                                 ( Al-Maidah: 3)                          



Ayat diatas diturunkan apabila orang mukmin dibawah pimpinan Nabi telah mencapai kemenangan dan kejayaan besar sahingga dapat membentuk kerajaan/negara Islam diMadinah setelah semua puak/kabilah Yahudi  dan kabilah kabilah Arab  Musyrik tunduk  kepada kerajaan Islam yang baru dibentuk.Orang orang kair Yahudi,Narani danMusyrik tela brputus asa dan tidak berkemampuan lagi megusik Oang orangIslam.




Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): "Apakah yang dihalalkan bagi mereka?" Katakanlah: "Dihalalkan bagi kamu (memakan) baik baik, dan (buruan yang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya  sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu. Maka makanlah dari apa yang mereka tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya (ketika kamu melepaskannya berburu); dan bertaqwalah kepada Allah (dengan memelihara diri dari memakan yang diharamkan Allah); Sesungguhnya Allah Maha Cepat hitungan hisabNya"                                                                     (Al-Maaidah 5:4)


Pada masa ini dihalalkan bagi kamu yang  baik-baik. Dan makanan (sembelihan) orang-orang yang diberikan Kitab itu adalah halal bagi kamu, dan makanan (sembelihan) kamu adalah halal bagi mereka. Dan (dihalalkan kamu berkahwin) dengan perempuan-perempuan yang menjaga kehormatannya - di antara perempuan-perempuan yang beriman, dan juga perempuan-perempuan yang menjaga kehormatannya dari kalangan orang-orang yang diberikan Kitab dahulu daripada kamu apabila kamu beri mereka maskahwinnya, sedang kamu (dengan cara yang demikian), bernikah bukan berzina, dan bukan pula kamu mengambil mereka menjadi perempuan-perempuan simpanan. Dan sesiapa yang ingkar (akan syariat Islam) sesudah ia beriman, maka sesungguhnya gugurlah amalnya (yang baik) dan adalah ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.                                                                                                                            (Al-Maaidah 5:5)                                                      

Ayat 3 -5 diatas diturunkan selepas berlakunya Peperangan Khaibar pada tahun 629 masihi.Dalam peperangan itu tentera Islam dapat kemengan besar satelah mengalahkan tentera Yahudi Bani Nadhir.Kekalahan itu menyebabkan puak Yahudi itu menaruh dendam teramat sangat kepada Nabi.Mereka cuba meracun Nabi,tetapi yang memakan racun itu ialah sahabat Nabi Bisri bin Baru ra.Beliau mati satelah memakan makanan beracun tersebut.

Banyak riwayat tentang turunya ayat ini.Diantara yang mashor ialah tentang hadis nabi yang diceritakan olih Abu Raf (yang disampaikan olih  Thabrani,Al Hakimm dan Ibnu Jarir).Mengikut riwayat turunnya ayat 4 -5 ialah tentang Jibril yang datang bertandang dikediaman baginda nabi.Tetapi Jibril enggan masuk dalam kediaman tersebut kerana dikatakan ada anjing.Maka Nabi memerintahkan Abu Rafi' membunuh semua anjing anjing yang terdapat di Madinah dan di Awaliy.
Kemudian datanglah beberapa sahabat nabi,diantara mereka ialah Ashim bin Addiy, Saad bin Hatsmah dan Uwaimir bin Saidah datang bertanya kepada Nabi saw :"Apakah yang dihalalkan untuk kami dari makhluk ini yang engkau suruh kami agar membunuh mereka?" Kemudian turunlah ayat 4 – 5  dari surah Al Maidah berbunyi …… "Mereka menanyakan kepadamu, 'Apakah yang dihalalkan untuk mereka...'" (Q.S. Al-Maidah 4-5).

Tentu  kita akan bertanya apakah sangkutan  diantara ayat 4-5 dengan penghapusan semua anjing anjing di seluruh Madinah,kerana selama ini anjing anjing liar terbiar bebas dan dipelihara.
Kemudian apa sangkutan ayat ini dengan anjing anjing perburuan dan anjing penjaga kebun?

Apakah selama ini (melebihi 20 tahun)  mereka yang dikatakan ahli kitab itu dipujuk,diajak,didebat dan diajak berunding sampai kepenghujungnya.Maka ahli kitab yang dikatakan ingkar dan memusuhi Islam itu telah dikeluarkan atau ditolak sebagai ahli kitab yang sebenar,tetapi diterima baik dan dihalalkan ahli ahli kitab yang telah brbalik keajaran mereka yang asal atau menjadi Islam yang mengikut syari’at Muhammad..--- Wallah Hu a'lam.

Sesungghnya ayat ayat Allah banyak perumpamaan yang perlu direnungi.
Diantaranya Nabi Daud dengan 99 kambng betina dan jadilah kaum yahudi kera.


iv)                Penganut Kristian itu bukan ahli kitab.
Nasrani adalah sabuah mazhab yang sangat kecil dikalangan Bani Israil yg memisahkan diri dari para hawariyyun dan para tabiun karena berkeras mahu mengamalkan syariat Kitab Taurat. Mereka inilah yang kemudianya menjadi pengikut setia Isa as.

Yahudi adalah agama tribal/kesukuan yang hanya bolih dianuti oleh bangsa Bani Israil sahaja. Agama ini tidak bolih disebarkan ke luar dari suku Yahudi.Golongan ini sangat memusuhi Paulus kerana mendakawa beliau telah membuka agama Bani Israil kepada bangsa lain.

Golongan ini masih ada,tetapi sangat sedikit dan terpencil.Al Quran juga ada menyatakan golongan ini amat sedikit.

Sementara agama Kristian dan Islam disebarkan ke seluruh manusia dipeluk oleh jutaan pengikutnya.

Kristian yang ada sekarang sebenarnya tidak ada dalam lenkngan 48 tahun sesudah  perginya Nabi Isa.Selepas itu baharulah pendiri Kristian alaf baru yang palsu diamalkan.Pengsasnya ialah
Paulus(Saulus)  dan Barnabas di kota Antiokhia.

Perhatikan apa kata Bibel berikut:
"Lalu pergilah Barnabas ke Tarsus untuk mencari Saulus; dan setelah bertemu dengan dia, ia membawanya ke Antiokhia. Mereka tinggal bersama-sama dengan jemaat itu satu tahun lamanya, sambil mengajar banyak orang. Di Antiokhia-lah murid-murid itu
untuk pertama kalinya disebut Kristian" (Kisah Para Rasul 11: 25-26).

Jadi kita katakana Penganut Kristian bukanlah ahli kitab,tetapi termasuk dalam gulugan kafir.
Mereka ini merupakan kelompok mansia kafir yang sangat memusuhi Islam,sahingga mereka membentuk pakatan “SALIB DAN ZIONIS”

v)                  Adakah bible itu injil?  
Ustaz Wahabi itu menyatakan isi isi  bible orang Kristian terdapat beberapa persamaan dengan apa yang terdapat dalam Quran.
Ya kah?
Bible yang dipakai olih penganut Kristian sekarang ini bukanlah Injil.Bible  itu tidak ada bezanya dengan kitab kitab ugama lain selain Islam.Olih kerana bible bukan Injil,maka Kristian bukanlah “ahli kitab.”
Bahkan umat Islam tidak diwajibkan beriman kepada Bible dan Kitab Thalmud (Taurat yang tidak tulin) dari Allah.Walau pun terdapat satu atau dua persamaan dengan Al Quran,kerana kitab kitab ugama lain pun ada satu atau dua persamaan dengan Al Quran.
Bibel banyak sekali maklumat maklumat palsu yang telah ditulis olih tangan tangan jahat Yahudi.
Perkara yang paling ketara ialah: Injil  membawa ajaran mentauhidkan Allah,manakala bible membawa ajaran Trinity/tiga dalam satu,iaitu mensyirikkan Allah Taala.Ajaran Trinity adalah merupakan sebesar besar syirik.
Malah ada segelintir Kristian menyatakan adanya sabuah Injil tulin  yang tertinggal dan disembunyikan dibumi,dan mereka menamakan injil tulin itu sebagi The Lost Bible.Mereka juga mendakwa bible Kristian sekarang adalah karangan Paulus.Paulus lah yang bertanggong jawab menghapuskan Injil asal.
Dakwaan ini membenarkan bahawa bible sekarang bukanlah Injil yang sebenar.

vi)                Kesimpulan

 1)      Penganut Kristian bukanlah ahli kitab.Sembelihan mereka tidak bolih dimakan
 2)    Kristian bukanlah Nasrani.Nasrani adalah anutan pengikut Isa,tetapi keristian ialah anutan pengikut Paulus dan Barnabas yang sesat.
3)     Bible bukanlah kitab Allah.Maka bible bukanlah Injil.Maka diharamkan beriman dengan bible.
4)     Berhati hati lah:Sesungguhnya kaum Yahudi (Yahudi dan kristian) akan mengajak kita sejengkal demi sejengkal menjadi seperti mereka……… Dari hadis Nabi.

Wallahu a'lam