Rabu, 30 September 2015

Wahabi - Allah Dimana - Dimana mana - Di Arashy






                                         SEKADAR BERTAYA KEPADA USTAZ
USTAZ USTAZ WAHABI - urd

A007Yang hendak ditanyakan ialah tentang ISTIWA. Saya difahamkan “istiwa” itu diertikan sebagai tinggal atau menetap tinggal atau bersemayam.
Dikatakan Tuhan kita Allah itu beristiwa di ARASYI .
Ini bersesuaian dengan tujuh ayat yang tedapat didalam al Quran;
Diantara nya Firman Allah:


A003
Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa kemudian Ia bersemayam di atas Arasy mentadbirkan segala urusan. Tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi syafaat melainkan sesudah diizinkanNya. (Yang bersifat demikian) itulah Allah, Tuhan (yang memelihara dan mentadbirkan keadaan) kamu; maka tunduklah dan taatlah kamu kepada perintahNya; patutkah kamu - setelah mengetahui kenyataan yang tersebut tidak mahu mengingatiNya?


A005
Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.            (Taha 20:5)


Maka dimanakah arshyi Allah itu?
Maka Tuan (URD) menyatakan Arashyi Allah itu diatas langit ketujuh.


Ingin saya tanyakan:

      1)     Dimanakah langit?
      2)      Apakah itu langit?

Tuan (URD), menjawab:” apa apa yang diatas”.
Betul itu !!!

Cuba kita perhatikan beberapa firman Allah:-

 A003

A003
Dia lah yang menjadikan tujuh  langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; maka ulangilah pandangan dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?                                                

A022

A022
Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit sebagai binaan; dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui     (Al-Baqarah 2:22)

   A006
Sesungguhnya Kami telah menghiasi langit  dunia dengan hiasan bintang-bintang.                               (As-Saaffaat 37:6

Maka nyatalah langit itu ada tuujuh.Keadaan langit itu berlapis lapis/bertingkat tingkat.
Allah menyatakan air/hujan diturunkan dari langit.
Adakah awan itu lapisan langit pertama?
Kalaulah awan itu lapisan pertama,banggalah saya.Apa tidaknya;saya telah beberapa kali berada diatas langit/awan.
Malah bulan dan matahari juga difirmankan berada dilangit.
Apakah bulan dan matahari itu langit kedua dan ketiga?


Jika ia!!! Bangga lah manusia,kerana manusia telah menjejakkan kaki mereka dibulan.
Jangan Tuan tidak percaya manusia telah menjejakkan kaki mereka dibulan.Saya tahu Tuan tidak percaya.

Cuba kita perhatikan firman Allah seterusnya pada ayat 37:6 diatas.

Dalam ayat itu Allah telah menyatakan dihiaskan langit dunia ini dengan bintang bintang.
Maksud ayat ini adalah langit yang  terdekat dengan dunia.
Tahukah kita berapa kah jumlah bintang bintang itu?
Jumlah nya bintang bintang itu bukan ratusan,bukan ribuan,bukan jutaan,bukan billion,bukan trillion malah lebih dari itu SAOLAH OLAH TIDAK BERAKHIR JUMLAHNYA  (Infiniti)

Berapa jaraknya pula bintang bintang itu dengan bumi,dan berapa jarak satu satu bintang itu dengan bintang yang lain?
Jarak mereka tidak dapat digambarkan.Jarak mereka tidak dapat disukat dengan batu,atau kilometer atau darjah.Tetapi jarak mereka disukat dengan kelajuan cahaya/tahun perjalanan.
Jarak mereka dari yang terdekat pun ratusan ribuan tahun perjalanan cahaya.Ada yang ratusan juta tahun perjalanan cahaya
Ada yang (bintang itu) sudah mati,ratusan juta tahun dahulu,cahayana baru sampai kepada bumi,

Maha suci Allah diatas kebesaran Mu.Maha luas kerajaan Mu .Ya Allah.Takut aku memikirnya,gerun rasanya bila mengadap Mu kelak.

Tetapi ingatlah kehendak Allah lebih cepat dari itu.

Firman Allah :

         A077

A077
Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui segala rahsia langit dan bumi; tiadalah hal kedatangan hari kiamat itu melainkan seperti sekelip mata, atau ia lebih cepat lagi; sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.                      (Al-Nahl 16:77)

A050

A050
Dan hal Kami (apa yang Kami kehendaki), hanyalah satu cara sahaja, (cepat jadinya) seperti sekelip mata.                                                                (Al-Qamar 54:50

Apakah selepas bintang bntang itu langit petama?

WALLAH  HU AA’ LAM


Jadi apakah itu langit dan dimanakah langit?

Firman Allah:

A030

A030
Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum, lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?


Dalam firman Allah pada ayat (10:3) dan ayat (21:30) Allah menyatakan Dia lah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa/hari.Asal nya bumi dan langit adalah bersatu.Kemudian keadaan itu dipisahkan.Terbentuklah bumi bumi dan langit langit dan bintang bintang.Maka itulah yang dinamakan alam.

Pertanyaan saya:
Dimanakah Allah sebelum enam masa tersebut?
Dimanakah Allah sebelum terbentuknya alam ini?


Adakah Allah tinggal didalam suatu ruang/kekosongan.
Patutlah kita ingat ruang/kekosongan adalah juga alam/makhlok.Dengan adanya ruang/ kekosongan,maka disitulah kita bolih menentukan atas atau bawah,depan atau belakang  dan kiri atau kanan.
Dengan adanya ruang kekosongan, disitulah ditempatkan Jisim Jisim.Tetapi Allah bukannya Jisim.Jadi Allah tidak memerlukan ruang kekosongan.Dengan kata lain Allah tidak memerlukan tempat untuk tinggal.

Lebih teruk dari, itu pihak tuan menyatakan Allah duduk bersila diatas kerusi.Kerusi pula diatas arasyi.Arasyi pula terletak diatas air.Tiang arsyi ada empat yang menembusi air diatas.Tiang itu pula ditanggung olih malaikat malaikat.

Tidak terdapat apa apa nas, baik dalam Quran atau hadis yang menyatakan Allah duduk diatas kerusi.Yang ada hanya menyatakan Arashyi Allah  diatas air.
Firman Allah:

A007


Dan Dia lah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa,dan "ArasyNya, berada di atas air (Ia menjadikan semuanya itu untuk menguji kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) berkata: "Bahawa kamu akan dibangkitkan hidup kembali sesudah mati" tentulah orang-orang yang ingkar akan berkata: "Ini tidak lain, hanyalah seperti sihir yang nyata ((tipuannya)"                                                                                  (Hud 11:7)

Hadis riwayat Muslim juga menapikan yang Allah duduk diatas kerusi.

Perhatikan hadis dibawah yang bermaksud:

(Dari Jabir bin Abdullah berkata: Nabi SAW bertemu Ibnu So-id, baginda bersama Abu Bakar dan Umar, sementara Ibnu So-id bersama anak-anak)
Dari Abu Sa'id berkata: Rasulullah SAW, Abu Bakar dan Umar bertemu dengannya (Ibnu So-id) di salah satu jalanan Madinah lalu Rasulullah SAW bertanya padanya: Apa kau bersaksi bahawa aku utusan Allah? Dia bertanya balik: Apa kau bersaksi bahawa aku utusan Allah? Rasulullah SAW bersabda: Aku beriman kepada Allah, Malaikat dan kitab-kitab-Nya. Baginda bertanya: Apa yang kau lihat? Dia (Ibnu So-id) menjawab: Aku melihat singgasana di atas air. Rasulullah SAW bersabda: Engkau melihat singgasana Iblis di atas laut. Baginda bertanya (lagi): Apa yang kau lihat? ia menjawab: Dua orang yang jujur dan seorang pendusta, atau dua orang pendusta dan seorang yang jujur. Rasulullah SAW bersabda: Ia dikaburkan, biarkanlah dia.
(Sahih Muslim)

Hadis diatas tidak menyatakan Allah  duduk diatas kerusi//singahsana.Yang dinyatakan barang siapa nampak kerusi//singgahsana diatas air,itu adalah singgahsana iblis diatas laut.

Atau apakah fahaman Wahabi ini terpengaruh dengan ugama Hindu yang telah dinukilkan dalam “Kitab Tajul Muluk” berbunyi:
“ Bumi terletak diatas dua tanduk lembu,Lembu diatas air.Air diatas batu.Batu diatas tanah.Tanah diatas angin.Angin pula terletak diatas khudrat Allah.Apabila lembu itu bergerak,maka terjadilah gempa bumi.”

Atau apakah Wahabi ini sudah dipengaruhi olih Yahudi dan Nasrani.
Cuba perhatikan pernyataan dibawah:
Dalam kitab Yahudi Safar Al-Muluk Al-Ishah 22/19-20,
:
 “Berkata : Dengarkanlah engkau kata-kata Tuhan,telah ku lihat Tuhan duduk di atas kursi dan ke semua tentera langit berdiri di sekitarnya kanan dan kiri” .


Adakah Ibnu Taimiah ikut Membantu Yahudi Menyebarkan Akidah Yahudi ” Allah Duduk ” :
Seperti dalam kitabnya Ibnu Taimiah Majmu Fatawa Jilid 4 / 374 :
إن محمدًا رسول الله يجلسه ربه على العرش معه
“Sesungguhnya Muhammad Rasulullah, Tuhannya mendudukkannya diatas arasy bersamaNya”.

Ingat!!!!
Jika benar  singgahsana/kerusi dan arashy itu tempat duduk dan tempat tinggal Allah,,bererti Allah sangat sangat memerlukan makhlok.Kerusi dan arashy itu makhlok.

Setahu saya Allah tidak memerlukan makhlok,tetapi makhloklah yang memerlukan Allah..

A015

A015
Wahai umat manusia, kamulah yang sentiasa berhajakepada Allah (dalam segala perkara), sedang Allah Dia lah sahaja Yang Maha Kaya, lagi MahaTerpuji.                                                                        (Faatir 35:15)

A029

A029
Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Ia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)!              (Ar-Rahmaan 55:29

Adakah kerusi dan arashy itu lebih besar sahingga dapat menempatkan dirinya Allah?
Bukankah Allah itu terbesar dan maha besar dari segalanya?


Beralih kita kepada sabuah hadis sahih yang bermaksud:

Ketika Mu’awiyah Bin al-Hakam as-Sulamy ingin memerdekakan hambanya (Jariyyah/hamba wanita) , beliau membawanya kepada Rasulullah s.a.w.;

Rasulullah bertanya kepada hamba tersebut: “Di manakah Allah ?” Jawab hamba itu: “Allah di langit.” Baginda Rasulullah bertanya lagi: “Siapakah aku?” Jawab hamba itu lagi: “Engkau adalah Rasulullah.” Dan kemudian baginda Rasulullah bersabda, “Merdekakanlah dia, kerana dia seorang mukminah.

(Hadis Diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Kitab al-Janaiz wa Mawadhi’ as-Sholat, bab “Tahrimil Kalam fi Sholat wa Naskh Ma Kana Min Ibahah” (537) (33) dari Mu’awiyah bin al-Hakam as-Sulami. Juga diriwayatkan sekalian Jema’ah ahli Hadis, antaranya Imam Malik, Abu Daud, ad-Darimi, an-Nasai’e).

Fahamilah rentak hadis itu;-

Muawiyah ingin memerdekakan hambaya.Kenapa perlu bertanyakan nabi.Merdekakanlah sahaja
Dimana Allah dan siapakah aku? Pertanyaan ini lebih meguji wanita itu sama ada beliau:-

1.       ----Wanita itu) benar benar wanita bertauhid,bukan penyembah berhala,kerana meletakkan Allah tempat yang tinggi dan mulia.bukan yang dibawah seperti berhala.

2.     ------ Orang yang betul betul beriman menadahkan tangan keatas ketika berdoa.Sebaliknya penyembah berhala memohon dengan menunujukan kepada berhala mereka.

Maka sewajarnya lah wanita itu dimerdekakan kerana beliau sebenar benarnya saorang mukminah.


Didalam solat ketika rokok,kita membaca :-


                                                           bacaan tasbih rukukbacaan tasbih rukuk

          Maha suci Tuhan yang maha agong dan segala pujian.

Ketika sujud/ketika memperhambakan diri/ketika merendah memperhinakan diri kita membaca

                                                           sujud
                                                                                 
            Maha suci Tuhan yang Maha Tinggi,/yang diatas dan segala pujian.sujud

Adakah bacaan ketika sujud itu menunjukkan Allah  berada diatas langit? Atau menunjukan betapa mulianya Allah?

Cuba kita perhatikan hadis sohih dibawah yang bermaksud:-

 “Rabb kita tabaraka wa ta’ala turun ke langit dunia setiap sepertiga malam akhir. Ia lalu berkata: ‘Barangsiapa yang berdoa, akan Aku kabulkan. Siapa yang meminta kepada-Ku akan Aku beri. Siapa yang memohon ampun kepada-Ku, akan Aku ampuni. Hingga terbit fajar‘ ”
(HR. Bukhari 1145, Muslim 758)

Jika difahamkan hadis diatas membawa maksud:

Allah turun  - dari atas kebawah
Seperiga malam – bagi Malaysia ini lebih kurang jam 1100 malam.
Hingga tebit fajar – Allah berada di langit dunia di Malaysia ini sehingga jam 7.00 pagi.

Itu di Malaysia.Masaalahnya bagi bumi ini,setiap saat,setiap minit dan setiap jam,semakin kebarat tempatnya,semakin bertambah waktu jamnya

Sebagai contohnya: Dimalaysia jam 12.00 malam,maka di India jam 1.00 pagi.DiMalaysia jam 7.00 pagi. Di india sudah siang……… bagitu seterusnya.Semakin kebarat semakin bertambah waktu jamnya.Bagitu lah berulangnya sehingg hari kiamat.

Bagaimana ya !!


Mungkin kah Allah tidak lagi dapat pulang ke Arashinya diatas langit ketujuh itu?
Kerana terpaksa ada sentaiasa dilangit dunia.
Atau Allah membahagi bahagikan dirinya.sebahagian di Malaysia,sebahagian di India,sebahagian di Amerika atau sebahagian di Australia.
Ingat!!!!
Maha suci Allah.Dia yang Esa.Esa pada segalanya.Allah bukan bergugus sepeti setandan kurma,Allah bukan bersambung sambung seperi rantai dan Alah bukan bercerai cerai seperti buah jambu.Allah itu Maha Esa.Esa pada segalanya.

Janganlah disalah ertikan tentang hadis diatas.Baik difahamkan hadis itu betul betul.
Hadis diatas dengan sendirinya membawa erti Allah tidak bertempat.Allah ada dimana mana.
Kita tidak mengatakan Allah ada dimana.Kalau kita kata Allah dimana,ertinya Allah bertempat.Tetapi Allah ada dimana mana.Ertinya Allah tidak bertempat.
Allah ada dimana mana dengan sifatnya yang asal iaitu Kekal Esa
Allah ada dimana mana.Maka letakkan dimana mana itu ditempat yang sesuai dengan kemuliaanNya,dengan kesucianya dan dengan kebesaran Nya.
Janganlah letakkan dimanan mana itu, didalam poket atau dikelangkang kita,seperti yang Tuan Tuan kata kan itu.Maka demikian itu TuanTuan Wahabi telah menghina Allah Taala.

KESIMPULANNYA

    1)     Hal hal langit,hal  Arashy,hal kerusi dan hal istiwa itu adalah perkara ghaib.
Allah sahaja yang mengetahui dan kita tidak mengetahuiya.
“ Kita tidak hazir ketika alam ini dijadikan Allah”

Perkataan langit pula ada dua kedudukannaya:

i)                    Dari segi ma’nawi  -   apa apa sahaja yang diatas.
ii)                  Dari segi hakikinya – Allah sahaja yang mengetahui dimana langit yang hakiki – seperti peristiwa Nabi naik kelangit ketika isra’Mqraj,Langit yang terdapatnya persempadanan langit keenam dengan ketujuh yang batu sempadannya pohon bidara atau Sidratul Muntaha.Langit dimana letaknya syurga dan neraka,langit dimana Nabi telah berjumpa dengan para nabi nabi sebelumnya dan sebgainya..


    2)   Hal hal diatas adalah ayat ayat Mutasyabihat.

Tentulah Tuan tuan (Usta ustaz Wahabi)  lebih ma’alom apa itu ayat mutsybihat.

    3)    Jauhilah memahami ayat ayat mutasyabihat dalam makna nya yang zahir,kerana ditakuti  berlakunya fitnah terhadap ayat tersebut,dengan cara:-

a)      Serahkanlah atau pulangkanlah maksud dan makna ayat tersebut kepada Allah;atau
b)      Letakanlah atau berikanlah ayat ayat tersebut dengan maksud dan makna yang sesuai dan layak dengan kesucian,kebesaran dan ketinggian Allah.- (dilakukan olih ulama’ ulama’ bahasa yang pakar dalam kaedah kaedah bahasa Arab)

 Wallah Hu A’Lam

Akan menyusul beberapa bab yang menyanggah fahaman wahabi